Kaedah Power Pumping Yang Boleh Bantu Masalah ‘Susu Kering’..

Ini gamba lame.. amek mase bulan 11 beberapa tahun lepas..

Pada saat ini eda sedang bertungkus lumus melakukan “Power Pumping“.

Kepala runsing.. dah dekat seminggu susu tak bape nak keluar.. cuba untuk tak runsingkan kepala tapi susu tetap juga tak banyak..

Perubahan hormon mungkin.. period selalu macam ni.. ni kali ke tiga jadi kat sejak aku bf kan hasnaa.. aku harap ni cuma sementara saja..

Apa itu Power Pumping?

Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan   susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg   lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara x langsung   meningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?

  1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
  1. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
  1. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu –   akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Macam mana nak buat Power Pumping?

Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kendian   pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya,   bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.

Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama   10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat  10  minit dan seterusnya selama 1 jam.

Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok2 nya waktu mlm ke subuh, sbb hormon susu sgt tinggi waktu ni.

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?

MOmies jgn ingat sekali buat terus susu jadi banyak yer. Power   pumping perlukan masa sekurang2nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama   hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata2, teruskan misi sehingga   dpt hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal,   insyallah dipermudahkan olehNYA…amin.

sumber dari doc Power Pumping di Kump. Ibu2 Menyusu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *