7 Khasiat Daun Kaduk Untuk Kesihatan

As’salam.. hai korang..

Pagi tadi eda sempat hantar anak ke kelas taekwondo, sementara nak menunggu anak habis kelas, eda sempat ke Thai Food Festival kat sebelah tempat training taekwondo anak..

Serius banyak sangat makanan Thailand kat situ.. Rambang mata dan rambang tekak rasanya.. hehehe..

Salah satu yang menarik perhatian eda adalah makanan orang Thailand iaitu Miang Kham.

Sejujurnya ini adalah pengalam pertama eda makan Miang Kham ni. Apa yang manariknya Miang Kham ni adalah beberapa ini yang dibalut dengan daun kaduk.. woww.. eda memang nak tahu sangat apa khasiat daun kaduk untuk kesihatan sampai orang Thailand pon buat makan duan kaduk ni.

 7 Khasiat Daun Kaduk

Selain pucuknya yang sering dibuat ulam dan daunnya sebagai penyedap masakan lemak, khasiat lain yang boleh dimanafaatkan terhadapnya adalah merawat;

  • sembelit
  • sakitgigi
  • demam malaria
  • lemah dan sakit dalam tulang

Selain daripada 4 penyakit di atas, masalah cacing dalam perut, batuk dan panau turut boleh dirawat. Hanya caranya berbeza.

1. Melawaskan kencing – Rebus daun kaduk bersama akarnya dan diminum.

2. Merawat demam Malaria– rebus daun kaduk dan diminum air rebusannya.

3. Melegakan selsema, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal tulang, sembelit- minum air rebusan daun kaduk dan akarnya.

 

Langkah-langkah merawat ketiga-tiga diatas:

i.            Ambil satu dahan pokok kaduk termasuk akarnya.

ii.            Bersihkan keseluruhan pokok tersebut.

iii.            Rebus kesemua sehingga mendidih.

iv.            Biarkan air rebusan tadi menjadi suam.

v.            Air rebusan diminum perlahan-lahan.

4. Cacing Dalam Perut

-Mandi dengan air ramasan daun kaduk.

i.            Ambil beberapa helai daun kaduk segar.

ii.            Ramas-ramaskan daun tersebut.

iii.            Kemudian, campurkan kesemua daun ramasan kedalam sebaldi air.

Akhirsekali, siramkan air tersebut keseluruh badan.

5. Melegakan batuk-Sapu bahagian leher dengan daun yang dikisar halus bersama sedikit air.         i.            Ambil beberapa helai daun kaduk dan bersihkannya.

ii.            Kisar daun hingga halus dengan mencampur sedikit air.

iii.            Akhir sekali, sapukan pada bahagian leher.

6. Panau- Sapu bahagian yang ditumbuhi panau dengan daun kaduk yang ditumbuk lumat.         i.            Ambil beberapa helai daun kaduk.

ii.            Tumbuk sampai lumat.

iii.            Kemudian, sapukan pada kawasan tubuh badan yang berpanau.

7. Sebagai bahan dalam masakan, ulam, kerabu, urap, masak gulai ikan darat dan sebagainya.

Semoga bermanfaat ya..  
Jangan segan silu untuk menghubungi Eda untuk membeli produk Shaklee atau anda juga saya boleh daftarkan untuk menjadi ahli Shaklee.. Jangan malu-malu ya..
Kalau nak semak harga produk Shaklee boleh
klik sini –> Harga Produk Shaklee

Hidawati Kadiso

♥Shaklee Independent Distributer [ID No : 888 102]
♥Sms/whatsapp/telegram : 013-397 6474
♥1642 8561 0089 Maybank Nor Hidawati
Saya juga mengenyorkan juga anda untuk terus order sebarang produk Shaklee kegemaran anda secara online menggunakan kreadit / debit kad melalui link di bawah. Klik sahaja gambar dibawah dan ikut arahan yang diberikan. =D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *